Pertandingan

Pertandingan? apa yg kita paham pasal pertandingan?

Bagi aku pertandingan tu sangat penting dalam hidup, dari kecik memang kita sering bertanding samada secara sah mahupun bukan. dulunya kita bersaing contohnya dari segi pelajaran, yesss since upsr kita akan bersaing untuk dapatkan tempat dan keputusan yg bagus untuk membanggakan ibubapa kita. setiap kali dapat keputusan, aku mesti takkan tunjuk dekat parents aku sebab aku bukannya seorang yg bijak, sebab apa? nanti adalah suara2 yg taknak aku dengar dari family lain. yes you guys mesti tahu perasaan dibanding-bandingkan right? itu yg aku rasa but when it comes to result upsr, pmr or spm kita dah tak boleh lari, sebab semua akan tanya tanpa kita alu-alukan and aku malas nak dengar yg aku ini la itu la apa la, daaa bosan. but now, aku jumpa satu jalan yg boleh buat family aku bangga dengan aku, yg buat aku tak malu untuk tampil depan family yg lain. apa jalan tu? okay, jalan tu ialah sukan.

yes bersukan lah yg dapat buat aku banggakan diri depan parents aku. sejak main sukan woodball tahun 2012, aku da tak kesah orang nak cakap apa pasal aku sebab apa yg aku tau aku masuk dalam padang, aku main untuk diri aku. banyak dah perlawanan aku sertai and syukur dah merasa tahap asia which is woodball asian cup dimana aku dapat no5 dalam acara berseorangan dan no3 dalam bergu campuran. sejak tu, aku tau satu benda tentang dunia, bila kita berjaya baru ada orang yg pandang kita. bunyi macam kejam but itulah hakikat masyarakat kita. mana pandang orang yg takdak apa2, bagi diorang, semua tu pecundang. tapi beza untuk aku sebab aku tak pandang diorang pecundang atau 'yg tiada masa depan' aku padang diorang sebagai seorang yg belum jumpa sesuatu yg istimewa dalam hidup diorang dan kebolehan apa yg dianugerahkan dari Tuhan untuk diorang. ramai yg tanya, kenapa aku suka kawan dengan kelas bawah or kawan2 yg rosak. hello, who you guys untuk cakap diorang ni rosak? aku kawan sebab aku suka berkawan, kenal dengan pelbagai jenis manusia yg selama ni aku tak jumpa dekat 'tempat orang berjaya' katanya la. ada la kawan2 aku ni pernah halang untuk aku kawan dengan seorang ni sebab mungkin bawak aku ke arah tak elok tapi aku tetap degil untuk kawan dengan dia sebab diorang tak kenal dia, i mean tak pernah kenal dia secara dalam. mungkin dia nampak jahat depan kawan2 dia tapi aku tau dia seorang yg baik. sapa sangka kaki shisha, clubbing tu la yg selalu ingatkan aku untuk solat sebab yeah aku bukannya cukup 5 waktu pun but since i know her, i know that tak kira la jahat mana pun kita, solat kena walaupun tak cukup at least ada dari takdak, right?

Righat, we back on track, pasai pertandingan dan pelajaran, what i want to say is tak kesahlah dalam bidang apa sekalipun kita ceburi, kita mesti tunjukkan yg terbaik, its okay untuk gagal dalam maths tapi lulus dengan cemerlang dalam sejarah. yes manusia ni Allah ciptakan dengan kemahiran tertentu. itu ja yg aku pegang sampai sekarang. aku mungkin tak pandai pelajaran tapi aku akan cuba buat yg terbaik untuk bidang aku. and yes alhamdulillah, pelajaran aku dekat U baik dan okay sebab apa? sebab aku minat, aku amik kursus sukan sebab aku minat and aku nak buktikan pada semua orang yg aku bukannya bodoh cuma selama ni salah masuk bidang, aku akan buktikan aku akan graduate dgn cemerlangnya dalam bidang yg aku minat, itu ja impian dan target aku untuk sekarang selain berjaya dalam woodball. target aku dalam woodball pula, biarlah aku dapat wakil malaysia dalam peringkat dunia pula sebab asia da pernah merasa, and mungkin. top 20 dalam world ranking woodball, amin. so that is for now. Sekian.


Comments

Popular posts from this blog

baby sister

Crush

hi 2016, bye 2015