#mdsgenerasiku

Alright, kali ni aku nak cerita pasai pengalaman aku sebagai salah seorang pemimpin mahasiswa. dulu mungkin aku pernah tulis pengalaman aku sebagai seorang student baru masa mds dkat Uitm kan? But this time, believe or not, im as a pm not mb lagi and experience yg aku dapat sangat indah.

19-26 Jun 2017, seminggu aku berada di Uitm Puncak Alam, menjadi facilitator untuk pelajar baharu. Okay, pada mulanya aku apply ja nak jdi pmds mana tau rezeki and know what? rezeki aku terpilh untuk menjadi pmds sesi jun17 bermula pada malam selasa bila aku dpt mesej drpd no asing yg mengatakan aku layak untuk ke kursus pmds. mulanya aku 50/50 jgk sbb kebetulan 22 ju tu aku ada perlawanan futsal, sebelum aku terima aku dah tanya kakak mpp tu da dia kata boleh utk lari sekejap soo lepas discuss dgn kwn2 aku yg ada masa tu, aku pun terima la tawaran tu. jadi masa tu, aku memang tak kenal sapa2 pun yg dalam group ws (lpas accept, diinvite msuk group sbb senang nk bagi info) sehari sebelum pegi palam, aku tanya ada sapa2 tak yg dari s.alam nak ke sana and nobody response me bcs majority they all from palam but then ada la sorg senior music ni ws aku persona, bincang nak ke palam sekali since dia pun sorg and tak kenal sapa2. keesokkan harinya, mlm tu kami gerak sekali dgn kereta mpp music yg aku pun baru ja kenal masa tu so paham2 la awkward dia mcm mana kan sbb dua2 laki haha. malam tu daftar diri sekali dgar forum apa ntah, so time tu sumpah nervous plus segan sbb aku mmang tak kenal sapa2 pun but apa yg aku pikir is aku kena berani sbb nk jdi pm ni mmang salah satu impian aku sejak aku masuk uitm ni so follow je flow dia. mlm tu kenal la some of pm but tak mesra lagi since baru je kenal just kenal roomate.

keesokan harinya, pegi bilik gerakan (BG) and meet all of the pm but time tu, boleh nampak la yg semua macam dah kenal masing2 and surprising, aku sorg je sportrec and semua mcm tgok semacam jaa. dalam hati *takpa la, aku mai nk buat kwn and gain experience so slow2 kenal depa and in shaa Allah boleh kut masuk. hari kami bermula dgn dtgnya fasi2 dari kelab kefajar uitm s.alam. bermula dgn tulis nama dkat tape (aku tulis nikky sbb since ada yg kenal aku sbg nikky dri nama ws) byk jgk aktiviti kami haritu and mula la kenal kwn2 baru but still awkward jgk (first day kut) so far group aku best2 and sporting so senang aku masuk dgn depa. sebelah mlm, mulalah sesi pegagihan tugas. yes! this are so surprising me sbb masa disebut nama2 biro semua org dah ada tugas masing2 tapi nama aku still takdak and masa tu tinggal jawatan sahsiah, disiplin dan keselamatan (SDK) fuh aku dpt agk dah mungkin ni la biro aku and yes, inilah tugasan yg aku dpt utk spjg mds. dalam hati aku (boleh ka aku buat tugasan ni dgn bagus? sbb you guys maybe ada yg tktau, aku salah satu manusia yg paling payah nak marah or tegas tu memang susah la, tkle serious (mudah terhibur) susah kut tugasan ni *mula2 je la) lepas meeting mlm tu dgn biro sdk, aku tidur tak lena betul sbb memikirkan tugasan yg aku dpt ni mcm susah ja tapi aku kena try jgk, kena belajar jgk, dah sampai masanya utk aku keluar dari comfort zone aku, ye aku kena jgk utk buktikan aku boleh jalankan tugas ni sebaik boleh. keseesokan hari, hari yg aku tak berapa suka sbb aku start pening, maybe sbb sebelum mds aku mmang tak cukup rehat since baru habis game bagai. tak expect pun nak demam, tahap pening aku sampai aku rasa nak nangis sbb dah la aku sorg ja kat sini (tkkn nak merap kat org baru kenal) sbb jenis aku kalau demam mesti nak merap and peluk sapa2 but this time aku expect tkdk org boleh aku merap. know wht? mlm yg aku betul2 rasa tak larat, aku kenal dgn seseorg i mean secara dekat iaitu kak skid dri biro keke. dia rasa dahi aku and suruh aku makan ubat and idk why i can listen to her sbb aku paling payah nak makan ubat. start from that night, aku tau sapa nak merap haha since kak skid pun seem like a caring person. thanks God. dalam masa yg sama, aku start rapat dgn koor aku, kak ruzan, mula mcm tk rapat sgt but kami selalu dok bersebelahan msa meeting so im always pgg tgn dia (tabiat aku pgg tgn org tmbahan tgh demam so merap arr) so kami mula rapat. haniza pun tk ketinggalan, dia walaupun sebaya aku, dia sllu cakap aku ni adik dia sbb time aku demam, aku sllu tidoq kat peha dia sbb pening sgt and dia layan jaa and dia garang weh time sruh aku mkn ubat, but nak sihat punya pasai, aku try la mkn jgk. so that it, cerita sebelum mulanya minggu busy (nasib demam tak teruk and baik msa hari pendaftaran sbb start hari kedua tu mmang dah start busy so thanks jgk dkat kak skid and niza sbb paksa aku mkn ubat so aku boleh sihat cepat, nasib fasi kalau tak mmang tk la nk mkn ubat kan)

Bermulanya hari kedua mds, pgi tu aku bangun lambat pergh sbb pening kepala mlm tu (last demam) patut bangun 4.30 tpi sedar2 5.50 so cpt2 bangun siap trus gi surau, dah la hari penting sbb depa nak daftar, start pendaftaran ni, start la tugas penat aku but aku enjoy, serious time ni aku dah mula suka dgn tugas sdk and lagi semangat nak belajar psai sdk, kira dah mula paham and boleh atasi masalah mudah terhibur aku tu dgn muka serious (mcm tk caya kan) but that it, aku berjaya buat tau smpai hari last and im proud with that.

hari demi hari, tenaga makin penat, dgn muka seriousnya semua kan tak sedar rupaya dah last day of mds dah. apa perasaan aku time tu? aku sedih, sumpah aku sedih sbb aku tak percaya mds dah nak habis, dalam kepenatan, aku dpt pengalaman yg berharga, bonding dgn kwn2 baru mula kuat. tak percaya yg aku sudahpun sampai ke hari last dan berjaya laksanakan tugas aku sebagai biro sdk dgn baik especially time rowcall (aku tak caya aku boleh marah haha, first time kut). percaya atau tak, aku dah mula sayang family baru aku, keluarga mds #mdsgenerasiku , byk sgt aku belajar minggu tu, dari aku seorg skrang aku ada kwn and family yg berpenat lelah sama2 aku, tak cukup rehat sama2 dgn aku. dari family mds, family sdk semua aku mula sayang. walaupun baru kenal tak sampai seminggu tapi bonding tu aku dapat rasa.

malam last, yes that night was too great, amazing, beautiful that i cant describe how it is by word. aku tak sangka aku akn dpt pengalaman sebagus ini, perasaan sama mcm time kem sukma dulu, sgt indah disebalik penat lelah yg kami lalui. malam bersama pmds adalah mlm yg kami semua termasuk mb have fun sgt dgn pelbagai aktiviti yg pm buat, especially menari lagu (palaroid, generasiku, shasha dance, gummy bear) awards (aku top 3 pm paling pelik hahaha) and sesi peyerahan tugas (ini paling sedih) sbb itulah last kami jawat jawatan sebagai biro masing2, nak lepaskan tugasan tu berat sgt sbb baru mula rasa best jga budak2 tu, mlm last tu jugak kami semua all out dgn perasaan yg sgt gembira but at the same time sedih bkn hanya lepaskan tugas tapi pikir nak berpisah dgn family baru. itu yg paling sedih.

keesokan harinya, kami siap sedia untuk hantar mb2 balik ke kolje masing2. sedih and happy dalam masa yang sama. hari last merupakan hari terakhir aku kat uitm puncak alam sebab cuti sem dah start so aku kena balik taiping. lepas je semua mb2 balik kolej masing2, aku siap2 barang and terus pegi bilik gerakan untuk post-mortem terakhir untuk mds generasiku. sedihnya sbb itu la last post-mortem, nak luah apa perasaan kita sepanjang mds, obviously aku byk gila nak luah sbb ini la mds aku yg first sebagai pmds, perasaan best sgt, banyak belajar benda baru, kenal orang baru dari pelbagai course. sebelum balik, kami bergambar untuk kali terakhir, and aku sedih sbb lepas ni 5 bulan tak jumpa kak skid, haniza and kwn2 baru yang aku kenal dkat mds ni. terima kasih mpp sesi 2016/2017 sebab bg peluang aku merasa jadi pm untuk kemasukan kali ni. #mdsgenerasiku memang terbaik!


Comments

Popular posts from this blog

Its hurt me, again

Sahabat

Atok