Masa silam usai dikenang


Masa silam siapa ja yg tak ada kan. Kali ni aku nak bercerita tentang masa silam aku yg dulunya aku pernah benci tapi sekarang aku paham kenapa Tuhan tetapkan takdir itu utk aku.

Dulu aku pernah syg seseorang, aku sgt sgt syg dia tapi hubungan kami takkan direstui. Time tu aku masih kebudak-budakan dan tidak matang. Form 1 form 2 kan siapa ja yg matang. Aku tak pikir psai lain dah, kawan2 nasihat semua aku persetankan sbb apa? Sbb aku buta. Terlalu sygkan org yg salah. Sampai satu tahap aku dpt tau dia bknnya syg aku sgt, saat tu hanya Tuhan yg tau betapa sakitnya hati aku, betapa hancur hati aku. Aku makan masa setahun utk benci dia, benci sepenuh hati aku, lupakan dia segala bagai sampai satu tahap aku rasa Tuhan tak adil dgn aku, Tuhan tak syg aku tanpa tanya diri aku, yg aku buat tu tk salah ka? Aku igt aku berjaya lupakan dia, bencikan dia dan buang segala tentang dia dlm diri aku. (nak tahu apa jadi?)

Seigt aku form 4 kami berbaik balik, dia dah tk mcm dlu, lebih matang sama jugak dgn aku, aku jadi lebih matang dan berfikiran rasional. Kami berkawan seperti biasa balik dan kali ini aku berkawan tanpa berperasaan apa2 lagi, kawan seperti dlu. Dan aku selesa dgn keadaan mcm ni kerana disebabkan dia yg pernah sakiti aku dahulu, aku jadi lebih kuat dan berhati2 dlm setiap perhubungan. Aku lebih berfikiran terbuka dan matang. Aku boleh akui benda tu.

Pada ketika itulah aku mula sedar kenapa Allah tetapkan benda itu utk aku. Pada ketika itulah aku mula paham apa itu erti hikmah disebalik kejadian yg berlaku. Aku mula sedar yg Allah sebenarnya sgt sygkan aku walaupun aku belum sempurna jadi hamba yg baik. Allah dah rancang atur segalanya baik utk kita cuma kita yg kdg tak sedar akn benda tu. Allah tarik kenikmatan dan berikan kesakitan utk kita sebab Dia nak kita kembali sujud kepada-Nya. Selain tu, dia nak kita paham erti kehidupan sebenar, yg sesungguhnya bkn selalu apa yg kita inginkan akan tercapai kerana Allah ada perancangan lain untuk kita. Allah itu Maha Adil, jangan pernah kita ragui apa yg terjadi kepada kita itu sebagai satu yg buruk. Mungkin sekarang kita tak nampak tapi lambat laun kita akan tahu apa hikmah disebalik semua yg terjadi.

Masa silam ni bkn utk kita jadikan sebagai penghalang utk kita lebih maju ke depan tetapi utk kita jadikan pengajaran dan panduan utk kita lebih berhati2 dlm membuat sesuatu. Hidup ni kita kena sentiasa lihat ke depan, maju ke hadapan akan tetapi tak salah sebenarnya utk kita toleh sekejap kebelakang supaya kita sentiasa berwaspada utk melangkah ke depan... Aku pernah baca quote dekat twitter, "every person tht comes to your life have something to teach you" persoalannya baik atau buruk, itu sahaja. Cuma igt dlm diri, Allah SAW takkan pernah salah percaturan. Rancangan Dia yg paling terbaik.

P/s: aku dgn dia sekarang masih berkawan baik dan perkara yg lalu tk pernah lagi diungkit sebab itu hanyalah Masa Silam. Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Its hurt me, again

Sahabat

Atok