Dah Cuba

Kali ni bkn pasai topic apa2 but it all abt me. aku dh cuba untuk jadikan hati aku sekeras yg mungkin sebab aku tknk rasa sakit utk kali ke berapa ntah la.. yg pasti aku tetap tk boleh. aku dah cuba utk tak syg org tapi tetap, hati aku nak syg org walaupun otak aku cakap aku akn terluka nanti.

Byk kali aku syg org dan byk kali jgk aku terluka. sakit sgt rasa dia, rasa mcm hg dh bg separuh hati hg tapi org buang mcm tu ja. sebelum ni aku dh cakap dgn diri aku sendiri utk jgn syg org lagi sbb menyayangi org ni risko dia tinggi, dh cakap dgn diri aku sendiri utk jdi org yg tkdk perasaan, hati batu tapi apa kan daya, aku belum kuat utk buat semua tu lagi. aku tetap kalah dgn hati aku sendiri. sekali lagi aku tersyg org yg baru aku kenal secara tak sengaja, mula dia aku cuba utk jgn syg dia tapi lama kelamaan, hati aku berkehendak lain, aku kalah. sekarang aku saying org tu tapi apa yg membuatan aku tulis blog kali ialah aku sekali lagi terluka, terluka dek kerana menyayang org yg salah, yg tak menyayangi diri aku seperti aku syg dia. perasaan sakit tu sekali lagi dtg dlm diri dan hati aku. auch!!! sakit sia. kadang, aku tak paham dgn diri aku ni, kenapa cpt sgt syg org pdhal belum tentu lgi dia tu akn syg kita. sungguh, aku belum kuat utk jdikan diri aku seorang yg 'heartless'. kadang2 aku teringin nak jdi mcm salah seorg roommate aku, ramai yg menyayangi dia, ramai yg peduli dgn dia tapi aku tau aku takkan boleh jdi mcm dia sbb aku bkn dia. cuma aku teringin nak ada seorg yg betul2 amik berat psai aku sbb aku rasa hidup aku kesunyian, sunyi tanpa manusia2 yg betul2 paham jiwa aku, paham dgn apa yg aku rasa even family aku pun tk sebetulnya tahu dan kenal akn diri aku sendiri. kpd dia yg aku syg, kalaulah aku diberi peluang utk menyayangi hg, aku takkan sia-siakan peluang tu. aku akn jaga hg. aku cuma harap, hg nampak perasaan aku dkat hg, nmpak usaha aku utk dekati diri hg. apa2 pun, aku cuma nak hg bahagia dan jikalau dia yg sekarang hg syg tak membuatkan diri hg gembira malah sedih, mohonlah beri aku peluang utk menjadi sebab bibir hg tersenyum. itu je.

Kepada diri aku sendiri, cuba untuk lebih keraskan hati hg sbb dah banyak kali hg terluka, tak serik lagi ka? tak sakit ke? cukup yg last ni membuatkan hg terluka. dan kalau lepasni ada yghg cuba nak syg, pikirlah byk kali, bg dia dulu yg syg hg bkn hg syg dia dulu. jadilah org yg tak punya perasaan. goodnight.

Comments

Popular posts from this blog

Its hurt me, again

Sahabat

Atok