hi 2016, bye 2015


Okay based on tajuk pun korang dpt agak apa topik aku nak cerita kan. Sebelum terlewat, happy new year. Semua mesti ada azam baru kan utk tahun 2016 same goes to me. Aku pun ada azam baru, byk gak azam aku.
2015 baru pergi meninggalkan kita dengan 1001 kenangan manis yg pahit. Bagi aku 2015 ni adalah tanda permulaan yg baik kepada kehidupan aku sbb bg aku tahun 2014 adalah tahun penuh cabaran utk aku diikuti dgn awal tahun 2015, sejujurnya memang dugaan yg Allah berikan berat bg aku tetapi ianya mula beransur baik hari demi hari dan nak dekat hujung tahun, aku dapat rasakan kehidupan aku mula okay dan dari situ aku tahu, inilah tanda permulaan kehidupan baru aku. Kemudian, tentang manusia di dlm hidup aku, yes 2015 jgk menemukan aku dgn ramai orang, aku jumpa dgn ramai org dan buat kwn dgn diorang, bermacam jenis kwn jgk aku jumpa. Part membuat ramai kwn ni aku okay, suka sbb lagi ramai kwn lagi bagus but part kehilangan kwn ni, em lemah. 2015 jgk menjadi titik pemisah antara aku dan beberapa kwn aku. Perasaan kehilangan ni ialah perasaan yg aku tk berapa suka sbb sakit jgk nak terima, like seriously okay (aku yakin semua org bersetuju dgn aku kan?) jdi dlm tahun 2015 ni mengajar aku yg mana makin kita besar, manusia datang dan pergi itu adalah sesuatu yg normal sbb manusia sikapnya tak dapat dijangka, dlm sekelip mata boleh berubah (itulah lumrah manusia) Dan yg terbaik saja tinggal bersama kita kerana meraka ni antara manusia2 yg sanggup mengharungi saat suka dan duka bersama kita. Terima kasih buat manusia2 yg masih bersama aku sampai sekarang walaupun korang tahu perangai buruk aku tapi memilih utk tak berganjak dari sisi aku, terima kasih (kalau korang bacalah blog ni kan)
Menjelang tahun 2016 ni, aku berharap tahun ni menjadi tahun yg lebih baik dari  tahun sebelumnya, cukuplah 2 tahun aku diuji, aku dah penat. Semoga tahun ni menjadi permulaan yg baik utk aku dan aku tak lagi kehilangan kwn2 yg aku ada sekarang sbb rasa kehilangan ni sakit, serious sakit. Aku akan menjadikan tahun ni tahun utk aku terus majukan diri dlm sukan mahupun pelajaran (nak dpt anugerah dekan dan top player dlm woodball Malaysia) selain tu, aku dah tak mahu sakiti org dgn percakapan atau perbuataan aku tak kira dgn sengaja atau tak. Aku nak start tahun ni, aku menjadi manusia yg lebih baik dari sebelumnya, lebih mendekatkan diri aku kpd Allah SAW. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku sepjg tahun ni, semoga hari2 yg akn aku lalui lebih baik. Amin.
Jadi inilah antara apa yg aku nak cerita tentang topik aku kali ni. Semoga tahun 2016 ni menjadi tahun yg lebih baik. Tetapkan azam korang jgk okay dan pastikan korang usaha utk mencapai azam korang tu.

Comments

Popular posts from this blog

Its hurt me, again

Sahabat

Atok