Atok

ATOK

Okay topik aku kali ni mungkin tkdk kena-mengena dgn pembaca tapi aku nak kongsi kesedihan aku dlm blog ni sekejap.

Kemarin dulu, sesudahnya aku tamat menjawab paper akhir utk final sem ni, bukak whatsapp terus nmpak ayh aku ckap utk call dia balik sbb urgent dan yg paling mengejutkan ialah aku kena segera balik ke kg utk bertemu tok aku sbb doc sarankan semua ahli keliarga utk berada brsamanya. Balik je bilik, terus aku kemas2 dan balik kg segera mungkin. Masuk je wad dimana tok aku duduk, uish perasaan dia taktau la nak describe mcm mna. Mungkin aku nampak biasa dan tenang tapi hanya Allah je tau sedih aku mcm mna. Aku usaaha utk tknk dekat dgn tok bkn sebab aku hati kering tapi aku tknk klau aku dkat dgn dia and bisik dkat dia, air mata aku jatuh. Aku tak boleh tgok org sakit mcm tu, takat org yg aku tak brapa rapat pun pi melawat dah nak nangis, ni tambahkan keuarga sendiri, tok sendri pulak tu.

Semlm, sesudahnya abah balik dri hospital bincang dgn doc pakar, abah cakap tok mcm tkde harapan nak sedar balik, kalua ada pun tipis, time tu memang tak dpt la elak perasaan aku, berjurai jgk la mata aku. Memang aku jarang balik kg tapi bkn bermakna aku tak syg tok. Tok la satu2 nya org yg panggil nama aku dgn pnggilan ‘Nor’ walaupun nama aku Nur. Dulu aku tak prnh balik kg kalau cuti tapi last cuti entah kenapa aku nak balik kg cuti kat sini seminggu, first time dlm hidup balik cuti kat kg tnpa abah sbb selalu kalau balik msti dgn abh. Mungkin Allah gerakkan hati aku utk balik kg sbb permintaan tok dari dulu lagi kalau cuti sekolah dtg la cuti kat sini, duduk sini dan aku tk prnh tunaikan but dh msuk universiti bru nk dtg bercuti tu pun sbb ada problem sikit kat penang yg buatkan hati aku tergerak utk balik kg. jadi ni la hikmah disebalik semua ni, mungkin Allah nak aku tunaikan permintaan tok sebelum dia pergi. Aku tak minta tapi apa yg doc ckap mcm tunjuk kearah tu,sedih semua ada sbb tok la satu2 nya tok yg aku ada sbb belah ibu, aku prnh jmpa 2 kali ja dgn tok abah aku tu pun tak fully kenal lngsung so boleh ckap tok je la tok yg aku ada. Kalau dia dh ad aka nanti, tkdk dh la tok lelaki aku. Hmmmm apa pun yg jadi aku percaya semuanya ada hikmah dan kalau ditakdirkan ajal tok dkat sampai, aku terima, lagipun tak sanggp tgok tok seksa mcm sekarang, sedih tgok.. hmmm

Semoga ada keajaiban yg jadi dkat tok sbb aku nak raya dgn tok lagi dan aku still taruh harapan utk tok hadir dkat hari perkahwinan aku nanti itu je aku harap kalau umur tok masih pjg. Aku nak semua yg aku syg ada msa aku kawin, tu pun kalau ada jodoh laa. Hmm okay takat ni je nak cita. Nanti aku cita lain story. As’salam.

Okay, jujur ni satu essay yg aku lupa nak post sebab ntahlah lupa kut but harini aku rasa nak post sebab siapa sangka, da setahun tok tinggalkan aku, perginya dia seperti hilang sesuatu yg berharga dalam family aku. Aku ingat lagi masa aku tulis ni, aku menangis harapkan keajaiban untuk sembuhkan arwah tok tapi Allah lagi sayangkan dia dan amik arwah pagi 20 april 2016. Susah nak percaya yg tok dah takdak sebab setiap kali aku balik kampong, aku mesti teringatka dia, harapkan dia ada di buaiyan kesayangan dia tapi semua tu tak mungkin sebab dia dah tinggalkan kami semua dengan selamatnya.


Apa yg aku nak sampaikan is kalau la ada sesiapa yg buat permintaan, tunaikanlah sebelum lambat sebab kita tak tahu bila kita pergi dan mungkin itu permintaan terakhir. Menyesal tak sudah. Untuk kisah atok dan aku, aku betul2 still tak caya apa yg jadi sebab sejak parents aku divorce, kalau balik kampong, dia selalu cakap mai la duduk dengan dia time cuti sekolah and know what? Sampai habis sekolah, aku tak pernah balik cuti duduk dengan dia. Balik kampong dengan parents aku for raya or saja2 ada la. But look at perenggan ketiga, Allah gerakkan hati aku untuk balik kampong masa midsem, time tu aku part 1, keadaan masa tu is aku ada selisih paham dengan mak aku and aku taknak balik penang and aku tkle balik rumah ayah aku sebab ntah la so I decided to go back teluk intan for holiday, Masha Allah, Tuhan dah atur segalanya sebab midsem tu merupakan kali terakhir aku jumpa, salam, tgok arwah tok sekaligus tanpa semua orang sedar, itu adalah satu2 nya permintaan tok dkat aku (selain belajar elok2) sejak aku kecik, akhirnya aku tunaikan tanpa aku sendiri sedari. Aku rasa lega sebab at last dapat jugak aku tunaikan permintaan dia walaupun dia tak sedar, takla ralat sangat sebab aku paham ralatnya kta bila tak sempat nak tunaikan permintaan orang yg dah meninggal walaupun bukan aku yg lalui tapi orang yg terdekat aku pernah lalui iaitu arwah sepupu maktok aku, arwah cuma nak mkn gulai ikan talang bila dia balik penang sebab dia cakap gulai maktok aku sedap, sayangnya arwah pergi tanpa sempat maktok aku masakkan dia gulai tu and maktok aku menangis sebab rasa ralat sangat tak terpikir nak masakkan gulai tu masa kali terakhir dia datang rumah sebab sepatutnya bulan depan dia datang dan maktok aku pikir time tu la dia nak masak tapi Allah lebih sayangkan dia sebab sebelum bulan depan, Allah dah Tarik nyawa dia. Fuh, sesungguhnya rancangan Allah itu lebih baiknya dari rancangan kita. Sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan

Crush